Inspirasi Sanubari

August 5, 2011

*terus mak pose persis ustazah pilihan!! *matilamekkkkk!!!

Semakin hari, hati rsa semakin lara…lara angkara frust kpd 1,2 perkara…tpi haruskah terus dilayan perasaan lara itu??

Alhamdullilah, akhirnya aku bertemu dengan sesuatu yg mampu mengubat rasa lara itu…aku tak mahu terus rasa lara-melaraaaaaa…

Semalam, aku dok layan secara marathon ceramah Islam Itu Indah by Prof. Dr. Muhaya…ni pon tak abih layan lagi…sgt byk tajuk2 yg menarik n aku siap repeat 2,3x…sgt menjana minda +ve…dan buat aku kembali FOKUS kepada apa matlamat hidup yg sebenar-benarnya aku carik selama ini…

So i would like to share it will all of u…just click here ….ada byk tajuk lain by another penceramah..aku pon xsempat habis layan kesemuanya..bila dh layan tu, mmg xleh nk buat apa..buat hati tersentuh dan terus memikirkan kekurangan diri sendri…tpi tiada yg mustahil..semua benda boleh berubah cuma manusia ini degil sikit…tpi aku xnk dh degil2 ni..xkemana pon…hidup pandang kehadapan, bukan kebelakang…aku nk jdi org baik…baik luaran mahupun dalaman…hiks

Harap2 dpt pulun dengar sumo tajuk sepanjang bulan puasa ni

*matilaaa xwat keje jawapnya!!

Hidup bukan sekadar utk diri sendiri..tpi hidup lebih bermakna sekiranya kita mampu membantu org lain…so sebelum nk bantu org lain, diri sendri harus KUAT dahulu…so, selamat datang cas +ve!!!! 🙂

Advertisements

motivasi untuk AKU…

October 3, 2010

Aku sekarang berada dalam situasi penasaran..ala2 jiwa kontang, kelam-kabut, serabut yang merimaskan…so aku nk share beberapa ayat motivasi sebgai pembakar semangat utk aku or maybe koang jugak…tpi apa yg lebih penting, kita harus bijak mengawal emosi…esp pomwan, emosinya mudah tersentuh …tupsl pomwan mudah beremosi…belajar utk bijak mengawal itu lebih penting aku rsa…bukan sbb hakikat pomwan mudah beremosi so aku harus follow saja…walau itu hakikat tpi aku ada kuasa utk mengubahnya pd diri aku…walau sikit tpi itu lebih bermakna dari follow membabi-buta…sebagai manusia, kita ada kuasa utk mengubah sesuatu yg -ve menjadi +ve…sikit pon takpe dari tiada langsung…renung-renungkan 🙂

“Perkara yang telah berlalu jangan dikenang2kan..yang sedang berlalu gunakan sebaik2nya.. perkara yang akan datang jangan disusah2kan agar jiwa kita tenang dan berbaik sangka dengan Tuhan..

Kesusahan yang belum tiba jangan diandaikan kerana hati akan menderita sebelum tiba masanya. Kesenangan yang akan datang jangan difikir2kan nanti apabila sampai masa tak kunjung tiba, kita kecewa…

Yang baik terimalah dan redhalah dengan apa yang ada di hadapan kita..insyallah, hati kita akan senang sepanjang masa…”

“Doaku dan harapanku agar aku tidak terus terlena. Keluar dari sikap bermalasan kepada sikap rajin, dari sikap melengahkan kepada mensegerakan…

Istiqamahkan aku dalam setiap perbuatan..

Semoga aku tidak terus terlena.. Bangkit dengan keazaman untuk mencapai kecemerlangan…”

“Bila terasa suka, duka, gembira, nestapa dan apa jua rasa jiwa sentiasalah ingati Dia.. tarbiyahlah hati agar tenang dan sabar.. dunia ini hanyalah sementara cuma..Ya, masalah adalah untuk diselesaikan. Kebijaksanaan dipinta, maka didatangkan kita dengan permasalahan agar kita terus berfikir dan mentarbiyah hati. Mendidik hati menyatakan kita tidak sentiasa sempurna, ada kuasa lain yang begitu berkuasa atas segala apa yang telah direncanakan. Maka, setiap apa yang dirancangkan, setiap apa yang dilakukan, sentiasa ingat pada Allah yang mentadbir alam. Panjatkan doa mohon segala-galanya dari Dia. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang…”

Itu jawapan yang aku temui disebalik setiap apa yang aku dialami. Tak usahlah berdukacita dan kecewa, aku harus cuba didik hati agar sentiasa yakin dengan ketentuan dan sentiasa ingat padaNya. Sekiranya kita lapangkan masa untuk Allah, Allah juga akan melapangkan masa untuk kita. Satu ungkapan kata yang masih segar dan bakal aku ingat selamanya…

“Ya Allah….permudahkanlah urusan ku. Berikanlah kebijaksanaan kepada ku dalam mengendalikan dan menyelesaikan segala permasalahan dan kesulitan yang aku hadapi. Semoga aku terus kuat dan tabah menghadapinya. Amin…”


Walau apa jua yang kita lakukan dan apa jua yang kita usahakan, buat yang terbaik. Kerana, hanya orang berjaya saja sanggup buat yang terbaik tak kira betapa susah ia dilaksanakan .

Jika Anda mahu berjaya, usahakan untuk buat yang terbaik, bahkan yang lebih baik dari sebelumnya. Bukan yang ala kadar, bukan yang main lepas tangan.

Jika Anda seorang pelajar, jadilah seorang pelajar yang terbaik. Bak kat orang putih, be the best that you can be, as best as you can!!!

Jika Anda seorang Programmer, jadilah Programmer yang terbaik, yang paling cemerlang di kalangan rakan-rakan seangkatan anda.

Mengapa perlu jadi yang terbaik?

Sebab, di situ akan ada kejayaan. Hanya orang yang kuat berusaha saja merasai kemanisannya mengecap kejayaan. Sebenarnya kita tak ada had, we have no limits!!!

Minda kita mampu melakukan apa saja dan mampu menaakul apa saja, asal kita memasukkan sebanyak mungkin input ke dalamnya satu persatu. Semuanya hanya terbatas oleh imaginasi.

Kita sendiri yang selalu meletakkan had. Kita sendiri yang kata, tak boleh buat tu, tak boleh buat ni, negative thinking etc. Kekadang, timbul kesangsian. Contohnya, eh, bolehkah aku buat ni? Ada hasil ka? Berkesan ka? Boleh jalan ka? Ish, boleh ka?…banyak pulak eh,isk, ka…ermmm

Untuk memotivasikan diri, berusaha buat yang terbaik dalam apa jua yang Anda lakukan.

Jika Anda seorang Anak, jadilah Anak yang terbaik untuk kedua ibubapa Anda.

Jika Anda seorang pekerja, jadilah pekerja yang terbaik untuk syarikat Anda (walaupun company mcm ****..hehehe)

Kita rugi menjadi orang biasa, sebab hidup ini terlalu singkat untuk di nikmati seandainya kita biasa-biasa.

Pilih untuk menjadi orang yang luarbiasa, sanggup buat yang terbaik dan berani memotivasikan diri supaya menjadi yang terbaik!

Be the best that you can be!!!

***Motivasi khusus buat aku yang tengah ting-tong 🙂

Perubahan ~ sesuatu tindakan yg kita perlu lakukan untuk kemantapan diri tpi kadang2 agak payah/berat untuk dilaksanakan

..ya manusia mmg sering impiankan perkara yg indah2…tpi kalau nk dpt yg indah2 tu adakah cukup dengan sekadar bdiam diri sambil berpeluk tubuh atau bermimpi di siang hari??…smpai mati pon tak ke mana yer kawan2…eh tapi boleh jer sekiranya kita mempunyai harta warisan yg byk spt kturunan SM Nasimuddin atau mungkin kita ini keturunan kerabat diraja*sigh*

…dan perubahan juga perlukan Pengorbanan…perkara yg sakit giler utk dilaksanakan tpi terpaksa gak kita laksanakan

…apa2 pon terpulang pada kita..sila buka hati dan belajar terima hakikat yg hidup ini tidak semudah yg disangka…bukan senang nk senang & sangat senang klu nk susah…kalau semua mende mudah, rsa tak challenged plak hidup ini…mcm jugak klu kita makan…klu tak der mcm2 rsa like pedas/masam/lemak etc, rsa mcm dull sahaja pemakanan pd hari itu..ya kita perlukan variety!!!

…dan ya, kita perlu lakukan PERUBAHAN dan PENGORBANAN untuk Menuju Puncak!!!…yeay!!!

..so aku perlukan lakukan sesuatu untuk terus menggapai bintang itu walaupon bakal diiringi rasa sakit yg bakal meruntun jiwa!!! 

Let’s rawk our life bebeh 🙂